About

PublicGold2u.com merupakan usaha kami dalam memberi ilmu kebebasan kewangan melalui simpanan emas. Kami merupakan Dealer Aktif Public Gold:

Public Gold Sdn Bhd di tubuhnya secara rasmi pada 23 Mei 2008. Semenjak 12 tahun lepas, semua pembeli emas Public Gold akan mendapat emas yang dibeli melalui perkhidmatan dan pengurusan yang cekap yang hanya bermula dengan satu cawangan dan kini tahun 2018 telah mempunyai 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia dan telah menambah pelbagai cabang perniagaan.

Pada 18 Oktober 2008 Public Gold telah melancarkan Public Gold Bar iaitu jongkong emas pelaburan yang terdiri daripada gold bar 999.9 dan emas dinar 916. Gold bar Public Gold telah disenaraikan dalam Malaysia Book Of Record sebagai jongkong emas bersijil dan termurah di Malaysia pada 8 April 2009. Public Gold telah melancarkan barang kemas untuk perhiasan 916 dan jongkong perak pada 28 Februari 2010. Jongkong perak Public Gold juga telah tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong perak. Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat emas antarabangsa dari Turki iaitu Nadir Metal Rafineri bagi mengimport gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA yang bebas gst. Dinar emas 916 Public Gold di ubah kepada emas dinar 999.9 atau 24 Karat lbma bagi mendapat pengecualian cukai gst.

Public Gold juga telah melancarkan Program GAP (Gold Accumulation Program) iaitu program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia pada 15 Julai 2014. Program Penggumpulan Emas (GAP) membolehkan orang awam mengumpul emas dalam akaun emas GAP dengan modal rendah dan di sokong oleh 100% emas fizikal, iaitu boleh mengeluarkan jongkong emas fizikal di semua cawangan Public Gold. Program GAP mendapat sambutan hangat dari semua lapisan masyarakat kerana peluang membeli dan mengumpul emas modal rendah menyebabkan Public Gold telah meningkatkan perkhidmatan dan sistem online dengan menggunakan Oracle Database.

Peristiwa paling menggembirakan ialah apabila Pelaburan Emas Public Gold DI SAHKAN PATUH SYARIAH. Pada 8 februari 2017 Public Gold mendapat pengiktirafan Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat pengiktirafan jual beli emas dan perak fizikal dan belian emas ansuran (EPP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd. Seterusnya pada 29 september 2017 telah menerima sijil PROGRAM KUMPUL EMAS (GAP) DAN PROGRAM KUMPUL PERAK (SAP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd melalui pengerusi dan perunding syariah Public Gold iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan pengerusi syariah advisory Council (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Setelah 12 tahun beroperasi, Public Gold telah di yakini sebagai syarikat pelaburan emas fizikal terbesar dan terbaik Malaysia melalui produk serta perkhidmatan terbaik. Public Gold adalah SATU-SATUnya pengeluar emas dan perak termurah, diiktiraf dunia LBMA, bebas gst, disahkan patuh syariah di Malaysia. Public Gold adalah syarikat emas yang menyediakan servis dan perkhidmatan yang tiada di mana-mana syarikat emas lain seperti Akaun Emas Fizikal GAP merupakan satu program penggumpulan emas fizikal yang paling mudah untuk semua lapisan masyarakat menyimpan emas modal kecil, termurah, bebas gst, selamat dan juga Patuh Syariah.