𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗚𝗔𝗝𝗜, 𝗛𝗔𝗣𝗣𝗬 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡

Bukan hanya sehari, tapi kita nak happy sekurang-kurangnya sebulan.

Penat lelah kita kerja sebulan, sekurang-kurang kita happy juga sebulan. Bukan cuma sekadar pada hari gaji.

Hari gaji, hari yang paling menggembirakan bagi semua yang bekerja (makan gaji).

Awal-awal pagi lagi kita sudah cek akaun bank untuk pastikan duit gaji sudah masuk.

Kalau gaji tak masuk-masuk, setiap jam kita cek akaun!

Bila gaji sudah masuk, wahh… Kita happy macam dapat duit bonus!

Tapi persoalannya berapa lama rasa happy itu bertahan?

Kalau duit gaji masuk sebelah pagi, sebelah petang akaun hampir kosong, maka happy itu cuma sehari sahaja.

Bahkan ada orang, happy dia cuma setengah hari sahaja. Duit masuk sebelah pagi, tengah hari sudah habis – dibelanjakan dan digunakan bayar hutang!

Lepas tu dia kena tunggu lagi sebulan untuk happy lagi sehari!

Sampai bila nak “happy sehari” begitu?

Untuk pastikan kegembiraan itu bertahan lama; bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi sebelum mengkayakan orang lain, pastikan katakan diri sendiri dulu. Simpan sebahagian pendapatan dulu, selebihnya barulah dibelanjakan.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan. Walaupun 10% itu memang tak cukup, tapi itu permulaan yang baik.

Simpan 10% itu sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan diri yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita sudah ada 12 gram, bahkan lebih!

Simpanan itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, Insya-Allah.

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Leave a Reply